Signature Malaysia, peneraju dalam penyediaan kelengkapan dan rekaan kediaman serta gaya hidup, hari ini secara rasmi melancarkan Signature HomeFest 2025, satu kempen gaya hidup selama tujuh minggu yang menyasarkan pemilik rumah di seluruh negara.
Majlis pelancaran yang diadakan di Signature Malaysia Flagship Store di Kota Damansara itu turut menandakan permulaan usaha Signature Malaysia untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi Kempen Pameran Rumah dan Gaya Hidup Terbesar pernah diadakan di Malaysia.
Pada majlis tersebut, Amelia Henderson turut diperkenalkan sebagai Duta Jenama Signature Malaysia manakala Datuk Chef Wan diumumkan sebagai Cef Selebriti Signature Malaysia. Kedua-dua personaliti ini akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi jenama tersebut.
Selain itu, Signature Malaysia turut memperkenalkan konsep rekaan terbaharunya, Soft Minima, iaitu pendekatan minimalis yang tenang dan elegan, sekali gus mencerminkan arah aliran baharu dalam falsafah rekaan jenama ini.

Signature Malaysia Flagship Store juga bakal menampilkan zon-zon jenama terkurasi oleh CrownLivin, Baagus, Floor+, dan Rubine, selain pameran daripada lebih 100 jenama rumah dan gaya hidup yang menawarkan pengalaman transformasi kediaman yang menyeluruh dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad, KS Lau berkata, “Signature HomeFest 2025 bukan sekadar sebuah kempen, tetapi merupakan cara kami berkongsi nilai rekaan Signature Malaysia dengan rakyat Malaysia.
Sebagai peneraju dalam penyediaan kelengkapan dan rekaan kediaman yang menyeluruh, kami mahu menjadi rakan sepanjang perjalanan membina kediaman pelanggan, bukan hanya dengan menawarkan produk berkualiti, tetapi juga mencipta pengalaman, menyediakan panduan pakar, serta memperkenalkan konsep rekaan yang mencerminkan cara hidup masa kini.”
Beliau turut menjelaskan bagaimana visi ini direalisasikan melalui falsafah reka bentuk terkini jenama tersebut, “Konsep baharu kami, Soft Minima, bukan hanya bermaksud kesederhanaan, tetapi tentang menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Signature HomeFest 2025 akan berlangsung setiap hujung minggu dari 4 Jun hingga 20 Julai 2025 di bilik pameran Signature Malaysia di seluruh negara, dengan hab pameran utama di Johor, Lembah Klang, dan Ipoh.
Selaras dengan usaha kerjasama Signature Malaysia, promosi istimewa telah disediakan khas untuk pelanggan setia Astro dan pemegang kad RHB sepanjang HomeFest 2025:
● Eksklusif Astro:
– Baucar Rumah & Gaya Hidup bernilai RM500, sebagai tambahan kepada promosi HomeFest yang sedang berlangsung.
● Eksklusif RHB:
– Nikmati diskaun tambahan sebanyak 5% untuk semua pemegang kad Bank RHB
– Pemegang kad RHB juga berpeluang memenangi Cabutan Bertuah Ubah Suai Rumah Signature bernilai RM10,000
Kedua-dua tawaran ini sah dengan perbelanjaan minimum RM10,000 untuk kabinet bina dalam atau perabot rumah yang ditempah khas (termasuk kabinet dapur, almari pakaian, kabinet TV, sofa, meja makan, dan tilam). Tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran ini sah di seluruh negara dari 4 Jun hingga 20 Julai 2025.

