Majestic Flora Membentuk Bab Baharu Kehidupan Bertanah Di Semenyih

Majestic Flora oleh Majestic Gen memperkenalkan 140 rumah teres berstrata dua tingkat dalam sebuah enklaf berpagar dan berpengawal seluas 10 ekar di Bandar Tasik Kesuma, yang menawarkan kehijauan, ruang dan kemudahan untuk kehidupan seharian.

Seiring perkembangan pesat di selatan Lembah Klang, Semenyih kini muncul sebagai sebuah
kawasan kediaman yang semakin matang dengan identiti tersendiri. Daripada sebuah perbandaran yang dahulunya dikenali dengan suasana tenang dan komuniti yang membangun, Semenyih kini berkembang menjadi koridor kediaman yang lebih lengkap, disokong oleh rangkaian perhubungan semakin baik, pilihan institusi pendidikan yang lebih meluas serta kemudahan peruncitan yang semakin berkembang.

Perkembangan ini turut disokong oleh data demografi. Hulu Langat, lokasi Semenyih, merekodkan populasi seramai 1.4 juta orang pada tahun 2020, sekali gus meletakkannya antara daerah pentadbiran terbesar di negara ini.

Menjelang 2024, data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan kajian pasaran menunjukkan populasi daerah tersebut telah meningkat kepada kira-kira 1.5 juta orang, mencerminkan peluasan berterusan kawasan selatan Lembah Klang.

Perkembangan ini turut mengubah cara pembeli menilai pilihan kediaman di Semenyih. Keputusan pembelian kini bukan lagi semata-mata bergantung pada jarak perjalanan ke Kuala Lumpur, tetapi turut mengambil kira sama ada sesebuah kediaman mampu menyediakan ruang untuk berkembang, privasi, kemudahan harian, akses jalan raya yang lebih baik serta persekitaran yang lebih stabil untuk kehidupan seharian.

Dalam konteks ini, Majestic Flora menawarkan kediaman bertanah pegangan bebas di Bandar Tasik Kesuma, yang berteraskan perancangan berkepadatan rendah, kehijauan serta kemudahan praktikal yang menyokong kehidupan seharian.

Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM114.242 juta, Majestic Flora
merangkumi 140 rumah teres strata dua tingkat dalam sebuah enklaf berpagar dan berpengawal seluas 10 ekar.

Pembangunan ini menawarkan dua pilihan susun atur, iaitu rumah berukuran 20 kaki x 73 kaki dengan keluasan binaan bermula daripada 1,891 kaki persegi serta rumah berukuran 20 kaki x 80 kaki dengan keluasan binaan bermula daripada 1,919 kaki persegi. Harga jualan bermula daripada RM738,000.

Menurut Dato’ Hoo Kim See, Pengerusi dan Pengarah Majestic Gen, Majestic Flora mencerminkan pandangan syarikat nilai sesebuah kediaman perlu diukur melalui tahap kebolehdiaman jangka panjang, selain lokasi dan spesifikasi produk.

“Semenyih telah memasuki fasa pertumbuhan kediaman yang lebih matang. Keluarga kini bukan sekadar melihat lokasi sesebuah rumah, tetapi bagaimana kediaman tersebut dapat menyokong cara mereka menjalani kehidupan seharian, daripada privasi dan keselamatan kepada persekitaran hijauan, kemudahan serta akses kepada kemudahan penting,” kata Dato’ Hoo.

“Di Majestic Gen, prinsip CHARM menjadi asas kepada setiap pembangunan yang kami rancang. Bagi Majestic Flora, ia dizahirkan melalui penekanan terhadap pengalaman sebaik tiba di kediaman, privasi yang terpelihara di laluan dalaman, kualiti ruang bersama serta fleksibiliti reka bentuk rumah.

“Kami percaya sebuah komuniti pegangan bebas yang kukuh mampu menyediakan persekitaran yang membolehkan keluarga berkembang dengan yakin, menikmati kehidupan yang lebih seimbang dan memupuk semangat kejiranan yang bermakna,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel Terkini