Seremban kini melangkah ke fasa pertumbuhan baharu, dari sebuah bandar yang tenang kepada destinasi pesat berkembang, sarat dengan infrastruktur moden, perdagangan yang rancak serta jaringan perhubungan yang semakin kukuh. Pendorong utama inilah yang membuatkan keluarga dan profesional tertarik ke sini, mencari ruang lebih luas, nilai lebih baik, dan akses yang sukar ditandingi Lembah Klang.
Majestic Yu, karya eksklusif Majestic Gen, membawa nafas baharu kepada Seremban sebagai kediaman berstatus hak milik kekal yang dicipta untuk keluarga merentasi generasi. Sejak pra-pelancaran pada Jun 2025, pembangunan ini mendapat sambutan luar biasa dengan kadar tempahan mencecah 80 peratus, satu pencapaian yang menggambarkan permintaan tinggi terhadap kediaman bertanah yang berkualiti.
Daya tarikannya terserlah apabila keluarga setempat, golongan muda, dan penduduk dari Kuala Lumpur Selatan memilih Seremban sebagai destinasi baharu untuk ruang lebih luas dan nilai yang lebih baik.
“Pencapaian kukuh sejak pra-pelancaran membuktikan bahawa keluarga hari ini bukan sahaja mahukan kediaman yang cantik, malah praktikal dan berbaloi untuk masa depan,” kata Datuk Hoo Kim See, Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen.
“Dengan perancangan rapi, Majestic Yu tampil sebagai kediaman idaman, seiring dengan simbol transformasi Seremban sebagai bandar pilihan baharu.” Di sebalik nama Yu, tersirat makna berganda. Berasal daripada Yu yang diinspirasikan oleh Ikan Yu, sementara dalam bahasa Cina, ‘Yu’ merujuk kepada 玉 (jed), simbol kesucian serta nilai berkekalan.
Reka Bentuk Moden, Nilai Berpanjangan
Di atas tanah seluas 9.3 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM71.1 juta, Majestic Yu menampilkan 106 unit kediaman eksklusif merangkumi teres dua tingkat, rumah berkembar, dan teres setingkat di mana setiap unit direka teliti dengan menitikberatkan keseimbangan antara ruang serta praktikaliti, sambil menawarkan keluasan
tanah serta binaan yang kian jarang didapati dalam pasaran semasa.
Majestic Yu menawarkan variasi kediaman yang memenuhi pelbagai segmen. Teres dua tingkat tersedia dalam lot 22’ x 75’ (2,341–2,419 kaki persegi) dan lot 24’ x 75’ (2,517–2,707 kaki persegi). Untuk yang mahukan ruang lebih luas, rumah berkembar di atas lot 40’ x 85’ dengan keluasan 2,966 kaki persegi tampil eksklusif dengan pelan lantai lapang dan halaman hadapan yang besar.
Sementara itu, teres setingkat di atas lot 20’ x 65’ berkeluasan 1,089–1,143 kaki persegi menjadi pilihan ideal buat keluarga muda atau pemilik rumah pertama. Teres setingkat ditawarkan pada harga bermula serendah RM250,000, manakala unit lebih besar ditawarkan daripada RM751,000, tawaran nilai yang menakjubkan untuk lokasi strategik, saiz tanah serta
status hak milik kekalnya.
Majestic Yu mengangkat seni bina kontemporari moden melalui garisan minimalis, susun atur terbuka dan nisbah seimbang. Kecerunan semula jadi tanah dimanfaatkan untuk membentu kejiranan dengan variasi bumbung serta aras, sekali gus memperkayakan karakter landskap jalan.
Pintu masuk dan tingkap luas membolehkan cahaya semula jadi dan pengudaraan masuk, mewujudkan ruang dalaman yang terang dan selesa. Elemen terperinci seperti pintu masuk setinggi 8 kaki, pintu gelangsar balkoni, ruang keluarga di tingkat atas dan anjung kereta berkapasiti dua kenderaan menambah fungsi. Dengan inspirasi minimalisme moden, kediaman
ini memenuhi citarasa kontemporari sambil mengekalkan nilai estetika jangka panjang, menjadikannya praktikal, elegan dan sesuai untuk kehidupan pelbagai generasi.





